Saturday, October 27, 2012

'Aku menutup aurat ini kerana Allah'

Assalamualaikum (: 
Straight to the point~ 

Mari kita lihat kita di tahap mana , mari muhasabah diri ;
taken from FB, thanks. I would like to share with others :)


 Surah Al-Ahzab (33:59)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara demikian lebih sesuai untuk mereka di kenal (sbg perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Surah An-Nur ayat 31 juga ada menyatakan :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali pada zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tuduh mereka melainkan kepada suami mereka atau mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk di ketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlahkamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.



Bila difikir-fikir di kenang kembali , sebagai seorang Muslimah, wanita Islam, perempuan melayu Islam, seorang anak perempuan kepada seorang bapa, seorang adik perempuankepada abang-abangnya dan mungkin juga suatu hari seorang isteri kepada suami. Terlintas satu perkara di fikiran ni, iaitu berkenaan aurat.  Sejauh mane ‘aku’ menjaga aurat. Ni soalan untuk muhasabah diri sendiri. Aurat ketika bersama mahram & juga bukan mahram.
Lantas, tanyakan lagi pada diri, apakah lagi alasan untuk aku terus tidak menutup aurat dengan sempurna? Apakah pula alasan aku jika di tanya di akhirat kelak, "mengapa aku tidak menutup aurat" relevankah sebagai manusia biasa aku menjawab "kerana tidak sampai hidayah lagi" sedangkan hidayah Allah perlu di cari bukan di tunggu. Ataupun kita berani menjawabnya "Trend laa terikut-ikut fesyen & peredaran zaman". Atau mungkin terasa benar sangatkah kita terhadap azab Allah & balasan neraka & apinya yang marak menyala-nyala yang sentiasa dahagakan manusia yang ingkar? Na'uzubillah Min zalik :'( 
Sedangkan kematian tidak menunggu kita. Allah akan menarik semua nikmatnya dari hamba-hambaNya bila-bila masa sahaja & boleh jadi hari ini hari terakhir kita di atas muka bumi ini. Jadi, sahabat-sahabat semua, jom kita jaga dan perbaiki aurat serta akhlak kita. Kalau kita niat nak berubah kerana Allah, Allah akan permudahkan. Insya'Allah (:
Niatkan segala perkara kerana Allah, dan fyza ada terbaca artikel ni, di mana kita mesti perbetulkan niat menutup aurat. Jika kita hari ini merasakan aurat kita tidak tertutup dengan sempurna, tidak salah jika kita memulakan dengan berniat seperti ini ; "Aku menutup aurat ini kerana Allah,  aku memakai baju begini kerana Allah". Bismillah.  Jadi secara automatiknya kita cuba untuk memotivasikan diri untuk menutup aurat kita & ingat Allah. Maka, tidaklah kita mahu berpakaian tidak senonoh, mahupun terbuka aurat atau ketat sebab pokoknya kita ingat Allah. Justeru, marilah kita jadi Muslimah Solehah (*Ingatan lebih untuk diri sendiri*)

 

Moga kita sentiasa berada di jalan-Nya. Ameen.

No comments: