Wednesday, October 24, 2012

Hari Arafah , 9 Zulhijjah 1433H

Assalamualaikum 
New Look , after made some renovation in this blog (just cut off some useless entries I think so) :)

Sekarang ni sudah pun melangkau ke bulan Islam , bulan Zulhijjah. Bulan yang di rindui oleh hamba-hambaNya yang  ingin menggapai redhaNya. Jemaah haji semua pun telah selamat sampai ke Makkah Al Mukarramah. Rumah suci Allah. Alhamdulillah , hari ni dah pun masuk 9 Zulhijjah 1433H , jadi marilah kita berpuasa sunat bersama-sama. Moga mendapat keberkatan dan redha dari Allah SWT. 

Tenangnya apabila melihat Kaabah apatah lagi jika dapat menjejakkan kaki ke sana. Idaman setiap Muslim. Fyza pun sangat-sangat berharap agar di beri peluang & rezeki oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke Baitullah. Rumah suci Allah :')

Jom puasa esok sempena 9 Zulhijjah iaitu hari arafah

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

dan sabda Rasullullah lagi

Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Till then. Moga Allah redha sahabat :)

No comments: