Saturday, October 27, 2012

'Aku menutup aurat ini kerana Allah'

Assalamualaikum (: 
Straight to the point~ 

Mari kita lihat kita di tahap mana , mari muhasabah diri ;
taken from FB, thanks. I would like to share with others :)


 Surah Al-Ahzab (33:59)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara demikian lebih sesuai untuk mereka di kenal (sbg perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Surah An-Nur ayat 31 juga ada menyatakan :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali pada zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tuduh mereka melainkan kepada suami mereka atau mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk di ketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlahkamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.



Bila difikir-fikir di kenang kembali , sebagai seorang Muslimah, wanita Islam, perempuan melayu Islam, seorang anak perempuan kepada seorang bapa, seorang adik perempuankepada abang-abangnya dan mungkin juga suatu hari seorang isteri kepada suami. Terlintas satu perkara di fikiran ni, iaitu berkenaan aurat.  Sejauh mane ‘aku’ menjaga aurat. Ni soalan untuk muhasabah diri sendiri. Aurat ketika bersama mahram & juga bukan mahram.
Lantas, tanyakan lagi pada diri, apakah lagi alasan untuk aku terus tidak menutup aurat dengan sempurna? Apakah pula alasan aku jika di tanya di akhirat kelak, "mengapa aku tidak menutup aurat" relevankah sebagai manusia biasa aku menjawab "kerana tidak sampai hidayah lagi" sedangkan hidayah Allah perlu di cari bukan di tunggu. Ataupun kita berani menjawabnya "Trend laa terikut-ikut fesyen & peredaran zaman". Atau mungkin terasa benar sangatkah kita terhadap azab Allah & balasan neraka & apinya yang marak menyala-nyala yang sentiasa dahagakan manusia yang ingkar? Na'uzubillah Min zalik :'( 
Sedangkan kematian tidak menunggu kita. Allah akan menarik semua nikmatnya dari hamba-hambaNya bila-bila masa sahaja & boleh jadi hari ini hari terakhir kita di atas muka bumi ini. Jadi, sahabat-sahabat semua, jom kita jaga dan perbaiki aurat serta akhlak kita. Kalau kita niat nak berubah kerana Allah, Allah akan permudahkan. Insya'Allah (:
Niatkan segala perkara kerana Allah, dan fyza ada terbaca artikel ni, di mana kita mesti perbetulkan niat menutup aurat. Jika kita hari ini merasakan aurat kita tidak tertutup dengan sempurna, tidak salah jika kita memulakan dengan berniat seperti ini ; "Aku menutup aurat ini kerana Allah,  aku memakai baju begini kerana Allah". Bismillah.  Jadi secara automatiknya kita cuba untuk memotivasikan diri untuk menutup aurat kita & ingat Allah. Maka, tidaklah kita mahu berpakaian tidak senonoh, mahupun terbuka aurat atau ketat sebab pokoknya kita ingat Allah. Justeru, marilah kita jadi Muslimah Solehah (*Ingatan lebih untuk diri sendiri*)

 

Moga kita sentiasa berada di jalan-Nya. Ameen.

Wednesday, October 24, 2012

Hari Arafah , 9 Zulhijjah 1433H

Assalamualaikum 
New Look , after made some renovation in this blog (just cut off some useless entries I think so) :)

Sekarang ni sudah pun melangkau ke bulan Islam , bulan Zulhijjah. Bulan yang di rindui oleh hamba-hambaNya yang  ingin menggapai redhaNya. Jemaah haji semua pun telah selamat sampai ke Makkah Al Mukarramah. Rumah suci Allah. Alhamdulillah , hari ni dah pun masuk 9 Zulhijjah 1433H , jadi marilah kita berpuasa sunat bersama-sama. Moga mendapat keberkatan dan redha dari Allah SWT. 

Tenangnya apabila melihat Kaabah apatah lagi jika dapat menjejakkan kaki ke sana. Idaman setiap Muslim. Fyza pun sangat-sangat berharap agar di beri peluang & rezeki oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke Baitullah. Rumah suci Allah :')

Jom puasa esok sempena 9 Zulhijjah iaitu hari arafah

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

dan sabda Rasullullah lagi

Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Till then. Moga Allah redha sahabat :)

Wednesday, May 16, 2012

Sekadar Titipan untuk Kita Bersama

Assalamualaikum semua.
Sahabat yang di muliakan kerana ALLAH , saye ade terjumpe sesuatu while reading buku yang sangat memberi kekuatan hati & akal untuk berfikir. 

Disebut , kerja yang ITQAN. Apa itu kerja yang ITQAN? Itqan means elok.
  •  Sesungguhnya ALLAH menyukai jika seseorang daripada kamu yang melakukan kerjanya dengan ITQAN (elok)
Riwayat al-Baihaqi 
Credited to: Islamic-quotes :)


Sahabat , kehidupan kita adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Hidup ini adalah ibadah. Untuk sahabat-sahabat yang sedang melalui semester akhir di tahun akhir macam saye , mesti banyak bende kene buatkan.    FYP , assignment yang berderet-deret tunggu turn , presentation & macam-macam. Jadi , niatkan segalanye Lillahi Ta'ala. Insya'ALLAH mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan & di berkati. But , satu je , jangan mengeluh jangan berputus asa. Dan yang penting sekali , hormat lecturers yang mengajar kita. Kita dulu sering di ajar untuk homat guru , tapi bila dah kat Universiti kenapa makin tinggi kadar kurang kehormatan kita pada lecturer kita? Lecturer pun guru kan :) #Untuk renungan Bersama

Btw , Happy Teacher's Day untuk semua Guru-guru & Pensyarah-pensyarah dari Tadika , Sekolah Kebangsaan Melayu Raya , SMK Dato' Mohd. Yunos Sulaiman, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang & Universiti Malaysia Perlis. TERIMA KASIH CIKGU. Jasamu dikenang.

Sincerely ,
Hafeezah Azman


Wednesday, July 6, 2011

jum hayati ~

Doa Dhuha.
yang nih aku ambil sebijik sebijik dari youtube dr kumpulan nasyid UNIC.
Moga sama sama mendapat manfaat. Insya'ALLAH ~


Friday, April 29, 2011

Undefined!

Assalamualaikum.
Mudah mudahan ALLAH mempermudahkan segala urusan hidup nih. I' m S P E E C H L E S S. Ade masa kita happy, ade masa kita sedih. Tapi tapi tapi. ALLAH knows everything. 

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiunn fil ardhi wa la fis sama'i wa huwas sami'ul 'alim.3x. 
Allahumma 'afini fi badani,Allahumma 'afini fi sam'i,Allahumma 'afini fi basori.
Ya Allah sihatkn badanku,Ya Allah sihatkan pendengaranku,Ya Allah sihatkan penglihatanku. Ameen.

Till then. Thanks :) 

Thursday, April 28, 2011

Malam.

Assalamualaikum. 
Selamat malam. Selamat setadi pada yg setadi nak exam tuh. Dan selamat tidow dengan lena bagi yang dah abes paper tuh. *wah wah! Bestnye anda. :)
Di sebabkan mata dah ngantok, setadi mandarin pon tak abes abes dan takkan abes, tapi masih ade rasa nak update belog laju laju. HAHA. Naseb baeklah Ba lao shi tak baca belog aku, kalau tak, habes laa. HAHA. IOM (International Operation Management) dah abes. Ade lagi 5 jaa. Oyeahhh Babe! Tapi tak dapat jawab dengan baek memandang kondisi badan yang tak stabil. uuurrrggggh! So, kawan kawan, Good Luck untuk mandarin II pulak. wo de peng you jia you ! (HAHA taktau betol dop) ngaa. 
 Bagi yang nak pejam mata, sebelum pejam rapat rapat, mari baca doa tidoq satttt! 
Sebelum Tidur Membaca Doa :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Erti :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Bagi yang dah nak bangun, sila baca doa selepas bangun tidur yer kawan kawan. Nikmat kan dapat tidow. :)

 Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Erti :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit


Bagi yang nak setadi tuh, baca doa dulu okay. lurve alls. Nite! Doa nih aku dapat dari belog laen. Nampak semangat cket kan nak bace. hiks!

Izinkan I share yer. 
Thanks. Good luck :)
Till then. 


Sunday, February 13, 2011

tiang agama

assalamualaikum semua!
di sebabkan rasa nak tahu tuu da menggunung, maka bila aku dapat infO tuu je rasa nak share kat belog. rasa lama jugak tak update belOg. hee. berbalek pada tajuk entry. tiang agama. okay, mustilah cerita tentang solat kan. bukan aku nak berbicara ala2 ustazah, tapi memandangkan aku nie manusia yang selalu alpa & tak lekang dari kesilapan. almaklum & alketahuilah kan. aku teringat. ada sOmebody pernah bagitau kat aku tentang waktu haram nak sOlat apabila aku bertanya beliau. dan beliau pon bagitau perkara tu. maka, aku pon   gOogle sini sana cari kat internet tentang perkara tersebut sebagai peringatan untuk diri sendiri mengenai HUTANG kepada yang MAHA PENCIPTA. masa tengah gOogle gOogle uhh, terjumpa infO nih.

Soalan:
Bila waktu haram solat? Adakah waktu tu haram untuk solat sunat ke fardhu ke qadha ke ?
Sebuah Hadith. . .
Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad


Waktu-waktu yang diharamkan solat
Sebahagian As-Syafi'eyah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]-makruh tahrim.
Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan

Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)

Kadar tombak adalah 4 darjah
Satu darjah bersamaan 4 minit

2) D ari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya t singkat,diharamkan solat ketika ini.

Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit

3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.

Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang limaterbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim(sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.
Hukum solat ketika khutbah jumaat
Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.
{SUMBER: http://ibnuabas.blogspot.com} untuk memastikan, boleh lah ke blOg tersebut.



till then. ;)